skpmk.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH
09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN. Tel : 044037639, Faks : 044035285
e-mel : 1.skpmk@zoom-a.com / 2.skpagarmusih@ppdkbb.net
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | STAF AKADEMIK | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | HAL EHWAL MURID | PIAGAM PELANGGAN | Untitled | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Pagar Museh, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman, mula beroperasi pada 1 Januari, 1994 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Sedim . Penempatan murid dan guru dimulakan pada 10 Januari, 1994.Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 54 orang dan bilangan guru adalah seramai 5 orang.Fokus utama penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada anak bangsa di sekitar sekolah supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan mendapat pendidikan secara formal.

Pada 1 Disember, 1993, Sekolah Kebangsaan Pagar Museh telah siap dibina di Batu Putih, Karangan, Kedah. Bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga block dua tingkat. Terdapat bilik-bilik khas seperti pejabat, bilik guru, bilik sains, pusat sumber sekolah, bilik tayangan, surau, bilik kemahiran hidup, dewan dan bilik-bilik darjah.

Guru Besar pertamanya ialah Tuan Haji Jamaluddin Bin Abdullah.Pendaftaran murid yang pertama pula ialah Johan Bin Mahmud.

Sekolah Kebangsaan Pagar Museh telah diberi nama oleh Jabatan Pelajaran Kedah. Nama Pagar Museh dipilih berdasarkan kepada sebuah nama kampung iaitu Kampung Pagar Museh di mana sekolah ini didirikan.

Terdapat dua versi tentang asal usul nama Kampung Pagar Museh. Versi yang pertama kawasan kampung ini telah dipagar menyebabkan tentera Jepun dan juga Komunis tidak dapat masuk ke kampung ini. Versi yang kedua ialah kawasan kebun Pak Museh telah dipagar dengan rotan besar menyebabkan Juru Ukur daripada Jabatan Ukur tidak dapat masuk ke kampung ini. Begitulah asal usul nama Kampung Pagar Museh di mana sekolah ini mendapat namanya.



Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah



 Terdapat juga sebuah kantin yang sederhana luasnya untuk kegunaan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Sebuah padang disediakan untuk kegunaan Pendidikan Jasmani dan Kejohanan Olahraga.

Pada tahun 2002, sebuah makmal komputer telah dibina untuk kegunaan warga sekolah. Pada tahun 2003 makmal tersebut telah dapat digunakan.

Pada tahun 2004, sekolah telah mendapat peruntukan untuk membuka kelas pra sekolah. Kelas tersebut telah berjalan sepenuhnya pada tahun 2005 dengan bilangan murid seramai 25 orang.

Pada tahun 2007, bilangan murid berjumlah 265 orang termasuk murid pra sekolah seramai 25 orang. Bilangan guru pula adalah seramai 18 orang termasuk 2 orang Guru j-QAF. Program j-QAF dimulakan pada Januari, 2007.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: